KUANTAN: Seorang lelaki warga emas yang dikesan memandu secara melawan arus dan mengabaikan isyarat lalu lintas di Jalan Mahkota di sini seperti yang tular di laman sosial sejak Sabtu telah hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuantan pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi kompeten untuk memandu kenderaan.
"Kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan didaftarkan atas nama salah seorang anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya menyedari video tular itu kira-kira jam 2.30 petang selepas dikongsi seorang pengguna Facebook.
"Video terbabit memaparkan kejadian sebuah kereta dipandu seorang lelaki bersama penumpang bergerak dalam keadaan melawan arus.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi Jumaat lalu di Jalan Mahkota berhampiran sebuah pasar raya di sini dan pemandu tersebut didapati memandu secara melulu melawan arus dari arah Jalan Mahkota ke arah Jalan Bank," jelasnya.
Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Notis saman di bawah seksyen sama juga dikeluarkan ke atas suspek atas kesalahan pengabaian isyarat lalu lintas (lawan arus)," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 22 2024
Tangkap layar video tular memaparkan tindakan bahaya seorang pemandu warga emas yang memandu secara melawan arus di Jalan Mahkota Jumaat lalu. -Foto Sinar Harian/Video tular
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Wanita warga emas hidap demensia pandu lawan arus ditahan di JB
Polis menahan seorang wanita warga emas selepas dipercayai memandu secara melawan arus di Kilometer 9 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.
Warga Bangladesh tular pandu Nissan Almera lawan arus ditahan
Suspek berusia 43 tahun ditahan pada jam 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi.
Polis cari pemandu pacuan empat roda lawan arus
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu sempat dirakamkan melalui kamera papan pemuka atau 'dashcam' milik seorang pengguna jalan raya.
Dua remaja maut dirempuh Mercedes-Benz lawan arus
Dua remaja meninggal dunia selepas kereta Honda Jazz dinaiki dirempuh sebuah kereta Mercedes-Benz yang melanggar arus di Kilometer 6.4 Jalan Ismail Sultan di sini, pada Khamis.
Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.
Lelaki cedera dirempuh BMW dipandu lawan arus
Seorang lelaki cedera selepas kenderaannya dirempuh sebuah kereta mewah yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi Isnin.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Polis cari penunggang motosikal tular lawan arus di Lebuhraya PLUS
Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Kertas siasatan polis disyaki mabuk, pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kertas siasatan itu dihantar pada minggu lepas.